HALAMAN

Tuesday 16 August 2011

cupcake pelangi

Kek cawan yang menggunakan warna lembut pelangi. Cantik~!


Semua gambar dicuri dari Dulcia Bakery, New York.

Ini pula adalah hasil buatan sendiri.
Kek cawan pelangi yang terlebih kaler.

Terang semacam. Menakutkan kan nak telan...
 
Kek: 120g tepung, 1tsp baking powder, secubit garam, 100g gula, 2biji telur, 200g minyak sayuran/mentega cair, 120ml buttermilk, 1tsp esen vanillla, pewarna merah, biru, hijau, kuning dan pelbagai lagi.

Topping: 100g mentega, 3tbsp susu, 1tsp esen vanila & 300g gula ising.

Cara-cara: Tepung, baking powder, gula & garam disatukan. Telur, minyak, buttermilk, vanila pula dikacau rata dalam mangkuk lain. Campur bahan-bahan kering tadi ke campuran basah. Sebatikan. Bahagi adunan untuk dituangkan pewarna dalam mangkuk masing-masing. Kacau rata. Bolehlah dituang ke cawan kek ikut kreativiti masing-masing. Bakar suhu 170 darjah Celsius untuk 15 minit.

Pukul mentega, susu & vanila dulu baru masukkan gula icing yang diayak. Kalau nak berwarna-warni letak campuran pelbagai warna buttercream tu dalam beg piping.

No comments:

Post a Comment