HALAMAN

Tuesday 16 August 2011

strawberry almond cream tart


Tart: 50g mentega, 6g gula, 2g garam, 100g tepung, sedikit esen vanila (sepatutnya gula vanila), 1biji kuning telur, 2tbsp air

Almond cream: 50g mentega, 45g gula ising, 1biji telur, 50g serbuk badam

Custard cream: 1biji telur kuning, 20g gula, 9g tepung jagung, 100g susu

Hiasan: strawberry, pistachio


 
Boleh guna mesin chopper sebab kuantiti sikit dan senang. Masukkan tepung, gula, garam, vanilla, mentega yang dipotong berketul.

Tambah telur kuning dan air.

Adunan doh dah disatu.

Simpan doh dalam plastik dan disejukkan dalam peti sejuk selama 30 minit.

Untuk krim almond, gaulkan almond paste, mentega yang dah lembut & gula ising.

Bila dah sebati, masukkan pula telur yang dah siap dipukul.

Masukkan serbuk badam, gaulkan sebati.

Krim almond yang lembut dan sedap dah siap!

Masukkan dalam beg piping untuk memudahkan isi dalam tart.

Buat bentuk tart.

Muatkan dalam acuan tart.

Perlu dicocok dengan garpu untuk beri pengudaraan. Kalau tak krim atasnya boleh hangit.

Isi krim 80% dari ketinggian tart.

Preheat oven 170darjah Celcius. Bakar 30-35 minit.

Buat krim kastard sementara tunggu tart masak.

Panaskan campuran susu dan esen vanilla. Mangkuk lain, pukul kuning telur & gula. Kemudian tambah tepung jagung.

Susu yang suam tadi dicampurkan dengan sebatian telur tadi. Kalau guna vanilla bean, kena tapis dulu sebelum dituang.

Letak atas api sederhana tunggu sampai ada buih besar timbul dah cukup.

Krim yang panas tu dibalut dan diletak dalam freezer, untuk cepatkan penyejukan.

Tart yang dah dibakar.

Krim diletak atas tart dan susun strawberry.

Strawberry tadi boleh disapu dengan jem strawberry atau apa-apa yang boleh. Resepi asal disapu arak. Erk...... Kemudian boleh ditabur hancuran kacang pistachio. Coklat rice pun boleh.

Siap~!

Semua gambar adalah milik pemilik resepi. Saya cuma curi dan translate sahaja.
미안 해요~!

No comments:

Post a Comment